Home

hurm

Sunday, November 13, 2011

Syurga Cinta

Cinta itu lahirnya di syurga. Syurga itu tempat terhimpunnya segala nikmat yang tidak terjangkau oleh pemikiran dan pancaindera manusia. Dekat dunia ni, rumah yang besar bak istana, itulah nikmat terindah buat kita. Kereta Mercedes mata belalang, itulah benda terindah dalam hidup kita. Makanan yang lazat-lazat juga sangat indah buat kita. Itulah yang kita definisikan sebagai indah. Bayangkan di dunia ini sahaja kita sudah mengakui keindahannya lalu terpedaya sehingga tidak terkawal nafsu. Apatah lagi nikmat di syurga kelak, berganda-ganda. Mintalah apa sahaja, pasti dikabulkan. Tapi, syurga ini adalah tempat orang yang baik-baik.....

 Macam mana nak layakkan diri untuk masuk ke syurga? Kalau nak lulus interview kerja, kena buat bersungguh-sungguh, macam tu jugak kalau nak masuk Akademi Fantasia kena tunjuk bakat betul-betul, nyanyi sedap-sedap. Kalau nak masuk Gadis Melayu pulak, kenalah ayu-ayu baru boleh layak pertandingan tu. tapi kalau setakat yang tu kita tahu lah, how about SYURGA?

Nak masuk syurga, kena jadi baik dulu, setiap amal ibadah dilakukan dengan ikhlas maka dibalas dengan pahala dan ganjaran syurga. Pahala adalah mahar untuk memasuki syurga. Cinta itu sendiri dilahirkan di syurga, di tempat yang baik lalu dianugerahkan pula oleh yang Maha Baik (Allah) serta pertama kali dinikmati oleh orang yang baik dan soleh iaitu Nabi Adam a.s dan diwariskan untuk orang yang baik-baik (para solihin). Cinta itu lahirnya di syurga dan akan berakhir serta kembali juga di syurga.

Marilah kita bersama menyucikan cinta sepeti mana ia mula-mula dianugerahkan Allah. Jika cinta itu tercemar, rosak, pudar keindahannya, maka kita akan dipertanggungjawabkan sekaligus tercicir dari senarai list name untuk ke jannahnya yang sangat terindah. 

Bagaimana menjaga kesucian cinta?

 # Bercinta kerana Allah

Satu hal yang telah menjadi salah faham dalam mengerti cinta itu, CINTA BUKAN TUHAN. Misalnya, filem-filem Bollywood begitu gah mengangkat tema cinta. Kononnya kerana cinta, segalanya perlu dipertahankan. Keluarga ditinggalkan kerana cinta, agama yang suci digadaikan, sanak saudara dilupakan, tercetus peperangan serta pergaduhan. Ini terjadi kerana kerap kali mengagungkan cinta sesama manusia melebihi cinta si DIA. Maka, dengan itu, si Pemberi Cinta dilupakan.
 Andai kita ditakdirkan suatu hari nanti bernikah dan berpeluang mendirikan keluarga (jika dipanjangkan umur) bercintalah kerana Allah. Binalah keluarga atas dasar cinta kepada Allah. Cinta yang disandarkan kepada Allah lebih terjamin kesuciannya.



# Cinta berperaturan

Cinta itu diturunkan bersama peraturannya. Jika peraturan dilanggar, buruk padahnya. Begitu juga, setiap sekolah, institusi, di mana-mana tempat penuh dengan peraturan, demi membentuk disiplin dan ketenteraman awam. Di sekolah contohnya, ditetapkan peraturan seperti tidak datang lewat ke sekolah supaya sesi pembelajaran tidak akan terganggu. Di atas jalan raya contohnya, ada lampu-lampu isyarat. Adakah pada fikiran waras kita, lampu-lampu isyarat tersebut menghalang serta menyekat kita? Tujuannya untuk memudahkan dan mengawal lalu lintas.

 Begitu juga cinta, cinta juga ada peraturan. Yang mana peraturan tersebut jika dilanggar, akan membawa keburukan kepada individu tersebut. Habis madu, sepah dibuang. Kerana peraturan cinta dilanggar. Hukum Allah dilanggar tanpa rasa bersalah. Jangan dipinggirkan peraturan. Jika tidak, cinta akan tercemar dan bertukar dari nikmat yang paling indah menjadi racun pemusnah.

 Peraturan cinta itu apa? syariat-hukum halal (wajib), haram, sunat, makruh dan harus. Jangan sekali-kali melanggar yang haram kerana cinta. Manakala yang makruh dan sunat dipulangkan kepada kebijaksanaan & kewarakan untuk membuat pilihan. Yang haram contohnya, tak boleh pegang-pegang tangan dan seterusnya, kelak akan membawa kepada keburukan diri. 

No comments:

Post a Comment